Berkongsi Tubuh Dengan Asap

Friday, January 22, 2010
Dunia dipenuhi asap.

Deria Alexanderia mengucap panjang bila dengar
kerajaan bakal naikkan harga rokok
sekotak RM50.00.

Mahalnya.
Tertelan air liur sendiri.
Bagus jugakan.
Bersyukur setinggi-tingginya
kerana tiada rokok dalam kunci kira-kira hidup Deria Alexanderia ini.

Biar perokok-perokok tegar berfikir panjang mahu membeli atau tidak.
Apa yang lebih nilainya pada RM50 bagi mereka yang berkemampuan pula?
Mungkin yang tidak berkemampuan bakal menggulung rokok tembakau tradisional.
Itu pun kerana terpaksa.
Desakan keinginan yang memuncak.

Itu semua alasan.

Deria Alexanderia berkira-kira
mungkin perokok tegar belum ada rasa insaf
bahawasanya, paru-paru mereka diberi pinjam bersih.
Tapi bila pulang nanti, kembalikan dalam keadaan buruk.
Tidak malu langsung kepada Pencipta
yang memberi pinjam.
Sudah diberi pinjam, tidak bersyukur,
dipulangkan pula dalam keadaan rosak.

Biar semahal mana sekalipun harga rokok,
Biar sesusah mana sekalipun untuk mendapatkan stok,
Selagi tiada kesedaran sendiri untuk berhenti,
mungkin mereka ini golongan perokok tegar
akan terus menghirup asap yang kononnya segar
sampai mati.

Baru berhenti.


"dirogol oleh lelaki gila seks"

Thursday, January 21, 2010



Dunia semakin lesu.

Toleh kiri, toleh kanan,
nampak perempuan semakin ramai di dunia ini.
Pelbagai jenis pakaian.

Highcut, lowcut
Bukan terlebih tutup atau terlebih kain
tapi luas leher yang menampakkan lurah jahanam.
Singkat kain yang menampakkan lurah binasa.

Kalau dicabul atau dirogol
buat laporan polis
"dirogol oleh lelaki gila seks"

Tapi, bila ditengok pakaian ketika trajedi berlaku
Memalukan.
Malu untuk dibuat bahan bukti.

Salah siapa ya?
Mari kita salahkan pakaian dan lelaki gila seks tersebut.
Mungkin itu keputusan yang bijaksana.



Deria Alexenderia merasa malu melihat wanita separa bogel
berkeliaran di atas muka bumi yang sudah terlalu tua.
Mungkin mereka rasa bangga mempertontonkan tubuh yang lupa diri.


Perjudian Maruah Diri Dalam Arus Kemajuan

Wednesday, January 20, 2010
Dunia ditebar dengan permaidani nan indah.

Laman web sosial.
Apakah itu laman web sosial?
Definasi umum kelihatan seperti keliru dengan definasinya.
Sehingga menyebabkan banyak kelahiran anak zina.
Anak zina itu tidak bersalah dan tidak berdosa
yang berdosa adalah ibu bapa mereka yang lupa diri.
Berzina tanpa ikatan.
Sehinggakan ramai gadis belasan tahun rosak.
Sehinggakan pasangan suami isteri berantakan rumahtangga.
Terpedaya!

Laman web sosial.
Agen penghubung dan perantara kepada rakan lama
Tidakk kurang juga pencarian rakan baru juga percambahan rangkaian rakan.
Tapi tidak bererti perlu menyerahkan jiwa raga yang suci tanpa berfikiran panjang.
Kononnya si gadis bertemu cinta hati secara online dengan pasangan tidak dikenali.
Bukti kasih sayang, nah..ambillah dara ku.
Konon katanya menolak.
Kalau menolak, apa yang buncit tu?
Keji bukan? Sudah terhantuk, baru nak tergadah.
Si teman lelaki, meminta tanpa tahu rasa malu
Berterusan mencari mangsa untuk menikmati kesedapan "dunia itu".

Deria Alexanderia keliru.
untuk memberi perasaan kasihan atau
tidak kasihan kepada golongan ini.

Allah memberi kebijaksanaan akal
memberi pengetahuan yang luas
tetapi tidak digunakan dengan baik
menyalah-ertikan kemajuan.

Dunia semakin maju.
Tetapi ramai yang semakin mundur kembali kepada zaman jahiliyah.


Warna-warni Kehidupan Dunia

Tuesday, January 19, 2010
Dunia sedikit keliru.

Lepas SPM mereka tu buat apa?
Oh.....
Pergi menjalani Kursus Komputer.
Pergi menjalani Kursus Bahasa Inggeris.
Pergi menjalani Kursus Menjahit.
Pergi menjalani Kursus Memasak.
Pergi menjalani Kursus Kecantikan.
Pergi menjalani Kursus Pra Pengajian Tinggi.

Oh ya... anak siapa mereka tu?
Oh.. itu anak Tan Sri..
Oh.. itu anak Dato..
Oh.. itu anak VVIP..
Oh.. itu anak Usahawan Berjaya..
Oh.. itu anak Pegawai Atasan..
Oh.. itu anak Tuan Pengurus..

Habis kamu-kamu?
Saya anak Kerani.
Saya anak Pemandu.
Saya anak Pekebun Kecil.
Saya anak Tukang Masak di Restoran Kecil.
Saya anak Sukuriti.

Apa pula yang kamu rancangkan selepas SPM nanti?
Saya tunggu saja keputusan SPM..
Saya ikuti sahaja PLKN kalau dipanggil oleh mereka..
Saya ikut ayah pergi berniaga..
Saya bantu ibu menjual nasi lemak
Saya jaga adik di rumah
Saya akan pulang ke kampung untuk menjaga nenek..

Oh ya.. yang ditepi simpang tu anak siapa pula?
Oh.. itu anak jiran saya yang tidak bersekolah. Baru sahaja dia diberhentikan.

Kenapa ya?
Dia tidak berduit untuk ke sekolah, tetapi seorang yang pandai. Dahulu, dia adalah pelajar yang selalu mendapat markah tinggi setiap kali peperiksaan. Ayahnya sudah meniggal dunia ketika dia di tingkatan 4. Emaknya bergaji kecil, bekerja kilang. Adik beradiknya sembilan orang berderet. Semuanya berhaluan sendiri di rumah ketika emaknya pergi bekerja.

Dia yang sulung?
Ya.

Tapi ape dia buat di tepi simpang tu?
Tunggu kawan dan hendak pergi merempit.

Tiada siapa yang beri bantuan kepadanya?
Tidak. Tiada siapa yang peduli sejak ayahnya meninggal dunia. Rasanya dia disuruh berhenti kerana tidak menjelaskan yuran SPMnya. Tidak sempat mengambil SPM agaknya. Saya tidak nampak dia ketika di dalam Dewan Peperiksaan.

Deria Alexanderia termanggu mendengar jawapan itu.

Kasihan. Adakalanya, memang nasib tidak menyebelahi. Tetapi, bukanlah sepatutnya nasib yang patut dipersalahkan. Deria Alexanderia merasa terkilan. Mereka yang tidak memerlukan bantuan tetapi mendapat bantuan. Berbanding mereka yang kesusahan dan sangat-sangat memerlukan. Tiada pula bantuan di berikan.

Mahu salahkan siapa? Emaknya yang bergaji kecil dan tidak mengambil tahu? Atau mahu menyalahkan budak itu kerana tidak tahu haknya untuk mendapatkan pendidikan? Atau salahkan Cikgu yang tidak boleh bertolak ansur? Atau salahkan ayahnya yang pergi tanpa meninggalkan harta? Mahu salahkan siapa? Entah!

Maka tidak hairanlah sekiranya kita mempunyai bakal-bakal samseng jalanan yang bertauliah.



Dengar Boleh, Jangan Pandang.

Dunia sedikit kritikal.

Ada terdengar 3 wanita berbual tentang global warming. Ok. Sangat respek kepada kamu kerana observe pada berubahan suhu bumi yang sudah terlalu tua. Tidak pula aku terfikir untuk menoleh memandang mereka yang berbual di belakang.

Lama-kelamaan perbualan semakin rancak.

Aku toleh ke belakang dan lihat. Ok. Nampak ada 3 orang wanita melayu dipercayai Islam dari rupa paras wajah. Kata orang, jangan gambarkan wajah dan buat kesimpulan. Tapi, aku percaya pada instinct hati. Ya. Mereka Islam.

Senyum seketika. Rasa gelihati dipersenda. Lebih baik tidak menoleh memandang. Lebih baik dengar dan terus bersangka baik.

3 wanita itu heboh bercerita tentang global warming. Bumi panas. Malam panas. Siang panas. Ok. Aku sudah mengerti. Kerana itulah mereka berpakaian separa bogel.

Tak perasan agaknya, panas itu satu amaran. Ya! Amaran bumi yang sudah terlalu tua untuk hancur nanti.

Sudah tonton 2012? Oh Ya. Jangan jadi peraih hadis baru ok! Itu bukan tarikh tetap kiamat. Tiada siapa yg tahu bila kiamat. Pokok pangkalnya, simptom-simptom kiamat sudah ada. Global Warming. Tapi? masih lagi separa bogel di dunia ini.

Deria Alexanderia merasa malu pada bumi yang sudah terlalu tua.



Nak Kahwin, Duit Tak Ada

Dunia semakin lucu.

Orang mahu kahwin, kamu mahu kahwin. Orang cukup duit mahu buat belanja, kamu tidak cukup duit mahu buat belanja.

Orang cari cara bijak mahu buat belanja kahwin, kamu pula merompak diri sendiri dan buat laporan palsu minta simpati pada Tuan berseragam biru dengan laporan "saya di rompak"

Usul periksa dilakukan oleh Tuan berseragam biru, kamu menipu.

Kan malu satu dunia. Oh ya! Mungkin erti kata "satu dunia" keterlaluan pula. Ok, kata begini, malu "satu Malaysia". Lebih-lebih lagi, malu tunangan kamu. Malu keluarga kamu.

Mahu kahwin, tapi tiada duit. Pergi duduk di Dataran Merdeka dan buat persembahan percuma ~ Nak kahwin duit tak ada.

Deria Alexanderia rasa itu sangat memalukan. Drama yang tidak mahu di tonton umum.


Dari Retina Mata Deria Alexanderia

Friday, January 1, 2010
Orang kata, dunia blogging ni macam best
pada hakikatnya tidak.
Orang kata, dunia blogging ni macam superb
pada hakikatnya tidak.
Orang kata, dunia blogging ni macam wonderful
pada hakikatnya not so really.


Deria Alexanderia kata..

Dunia blogging ini penuh dengan cerita
Cerita manusia yang penuh dengan drama dan kehidupan
mana satu drama, mana satu kehidupan
mungkin sampai satu masa untuk di tentukan

Salam pembuka mata
dari Deria Alexanderia
menumpang secebis dua sentimeter
untuk menarik mata kamu semua membaca
sedikit ceritera kehidupan
yang rata-rata tak siapa yang nampak realitinya

kamu baca sajalah karutan dia ni di sini..
tidak satu, mungkin separuh dari satu boleh di ambil pakai
tapi, kalau kamu rasa tak boleh juga
tinggalkan saja tiga suku kepada nya
kerana dia cuma mempunya suku deria.

Deria Alexanderia baru nak belajar bercerita disini
mungkin belum begitu halus dan telus
masih belajar dalam selok belok mengharungi dunia luas

dari retina mata Deria Alexanderia.