Berkongsi Tubuh Dengan Asap

Friday, January 22, 2010
Dunia dipenuhi asap.

Deria Alexanderia mengucap panjang bila dengar
kerajaan bakal naikkan harga rokok
sekotak RM50.00.

Mahalnya.
Tertelan air liur sendiri.
Bagus jugakan.
Bersyukur setinggi-tingginya
kerana tiada rokok dalam kunci kira-kira hidup Deria Alexanderia ini.

Biar perokok-perokok tegar berfikir panjang mahu membeli atau tidak.
Apa yang lebih nilainya pada RM50 bagi mereka yang berkemampuan pula?
Mungkin yang tidak berkemampuan bakal menggulung rokok tembakau tradisional.
Itu pun kerana terpaksa.
Desakan keinginan yang memuncak.

Itu semua alasan.

Deria Alexanderia berkira-kira
mungkin perokok tegar belum ada rasa insaf
bahawasanya, paru-paru mereka diberi pinjam bersih.
Tapi bila pulang nanti, kembalikan dalam keadaan buruk.
Tidak malu langsung kepada Pencipta
yang memberi pinjam.
Sudah diberi pinjam, tidak bersyukur,
dipulangkan pula dalam keadaan rosak.

Biar semahal mana sekalipun harga rokok,
Biar sesusah mana sekalipun untuk mendapatkan stok,
Selagi tiada kesedaran sendiri untuk berhenti,
mungkin mereka ini golongan perokok tegar
akan terus menghirup asap yang kononnya segar
sampai mati.

Baru berhenti.


0 comments: