Warna-warni Kehidupan Dunia

Tuesday, January 19, 2010
Dunia sedikit keliru.

Lepas SPM mereka tu buat apa?
Oh.....
Pergi menjalani Kursus Komputer.
Pergi menjalani Kursus Bahasa Inggeris.
Pergi menjalani Kursus Menjahit.
Pergi menjalani Kursus Memasak.
Pergi menjalani Kursus Kecantikan.
Pergi menjalani Kursus Pra Pengajian Tinggi.

Oh ya... anak siapa mereka tu?
Oh.. itu anak Tan Sri..
Oh.. itu anak Dato..
Oh.. itu anak VVIP..
Oh.. itu anak Usahawan Berjaya..
Oh.. itu anak Pegawai Atasan..
Oh.. itu anak Tuan Pengurus..

Habis kamu-kamu?
Saya anak Kerani.
Saya anak Pemandu.
Saya anak Pekebun Kecil.
Saya anak Tukang Masak di Restoran Kecil.
Saya anak Sukuriti.

Apa pula yang kamu rancangkan selepas SPM nanti?
Saya tunggu saja keputusan SPM..
Saya ikuti sahaja PLKN kalau dipanggil oleh mereka..
Saya ikut ayah pergi berniaga..
Saya bantu ibu menjual nasi lemak
Saya jaga adik di rumah
Saya akan pulang ke kampung untuk menjaga nenek..

Oh ya.. yang ditepi simpang tu anak siapa pula?
Oh.. itu anak jiran saya yang tidak bersekolah. Baru sahaja dia diberhentikan.

Kenapa ya?
Dia tidak berduit untuk ke sekolah, tetapi seorang yang pandai. Dahulu, dia adalah pelajar yang selalu mendapat markah tinggi setiap kali peperiksaan. Ayahnya sudah meniggal dunia ketika dia di tingkatan 4. Emaknya bergaji kecil, bekerja kilang. Adik beradiknya sembilan orang berderet. Semuanya berhaluan sendiri di rumah ketika emaknya pergi bekerja.

Dia yang sulung?
Ya.

Tapi ape dia buat di tepi simpang tu?
Tunggu kawan dan hendak pergi merempit.

Tiada siapa yang beri bantuan kepadanya?
Tidak. Tiada siapa yang peduli sejak ayahnya meninggal dunia. Rasanya dia disuruh berhenti kerana tidak menjelaskan yuran SPMnya. Tidak sempat mengambil SPM agaknya. Saya tidak nampak dia ketika di dalam Dewan Peperiksaan.

Deria Alexanderia termanggu mendengar jawapan itu.

Kasihan. Adakalanya, memang nasib tidak menyebelahi. Tetapi, bukanlah sepatutnya nasib yang patut dipersalahkan. Deria Alexanderia merasa terkilan. Mereka yang tidak memerlukan bantuan tetapi mendapat bantuan. Berbanding mereka yang kesusahan dan sangat-sangat memerlukan. Tiada pula bantuan di berikan.

Mahu salahkan siapa? Emaknya yang bergaji kecil dan tidak mengambil tahu? Atau mahu menyalahkan budak itu kerana tidak tahu haknya untuk mendapatkan pendidikan? Atau salahkan Cikgu yang tidak boleh bertolak ansur? Atau salahkan ayahnya yang pergi tanpa meninggalkan harta? Mahu salahkan siapa? Entah!

Maka tidak hairanlah sekiranya kita mempunyai bakal-bakal samseng jalanan yang bertauliah.



1 comments:

angeldream said...

article penuh bererti .

:angeldream: